Monday 19 December 2011

Soalan-soalan Perbincangan berkaitan hijrah Rasullah S.A.W.

Sebelum menjawab soalan berikut,anda dikehendaki membaca dahulu artikel yang telah disediakan di blog ini.

Objektif :

1. Hijrah Rasulullah S.A.W. dan orang-orang Islam berlaku darii Makkah ke __________.

              a) Yathrib
              b)Madinah
              c) Syam
              d)Quba'

2. Siapakah yang menemani Rasulullah S.A.W. berhijrah ?

              a) Saidina Abu Bakar
              b) Saidina Omar
              c) Saidina Uthman
              d) Saidina Ali

3. Berapa lamakah Rasulullah S.A.W.  berada di Gua Thur ?

              a) 2 hari 1 malam
              b) 3 hari 2 malam
              c) 4 hari 3 malam
              d) 5 hari 4 malam

4. Apakah yang dilakukan oleh Rasulullah S.A.W.  setibanya di Quba' ?

              a) menyatukan Muhajirin dan Ansar
              b) melakukan solat Jumaat
              c) mendirikan sebuah masjid
              d) berehat

Soalan subjektif :

Soalan 1 :

Apakah pengajaran yang boleh kita dapati daripada peristiwa penghijrahan Rasulullah S.A.W. ?

Soalan 2 :

Bagaimanakah cara kita mengaplikasikan semangat hijrah yang dilakukan oleh Rasulullah S.A.W. dalam kehidupan seharian?

Soalan 3 :

Pada pendapat anda, mengapakah berlaku penghijrahan Rasulullah S.A.W. ?




p/s : untuk menjawab soalan diatas, anda boleh mengisi ruangan komen dibawah. Selamat mencuba.

6 comments:

  1. 1. dalam peristiwa ini, pengajaran yang dapat kita perolehi ialah semangat perjuangan yang kukuh untuk memperolehi kejayaan.

    2.Dalam kehidupan seharian, kita boleh mengambil iktibar daripada peristiwa hijrah ini untuk terus berusaha ke arah kehidupan yang lebih baik,dan tidak mudah berputus asa dengan ujian Allah.

    3. Hijrah berlaku kerana sudah menjadi ketentuan Allah syiar Islam akan mula berkembang dengan meluasnya selepas peristiwa penghijrahan ini.

    ReplyDelete
  2. Jawapan soalan objektif
    1)a
    2)b
    3)b
    4)c
    BETUL TAK CIKGU?

    ReplyDelete
    Replies
    1. no 2, yg salah..jwapannye a...bknnye b.yg lain semuanya btul..trima kasih.

      Delete
  3. CIKGU NI MEMANG HEBATLAH BAGI SOALAN .
    JAWAPAN UNTUK SOALAN 1.HIJRAH NI MEMANG BANYAK MAKNANYA SERTA BANYAK PENGAJARANNYA.SEKURANG-KURANGNYA HIJRAH ITU MENGAJAR KITA ERTI SEBUAH KEHIDUPAN YANG SEBENARNYA.

    ReplyDelete
  4. trima kasih,,moga2 hijrah kita membawa erti yg bermakna dalam kehidupan di dunia dan di akhirat..

    ReplyDelete