Monday, 19 December 2011

Sejarah Hijrah Rasulullah S.A.W.




PERISTIWA PADA MALAM HIJRAH

Rasulullah S.A.W. menerima wahyu daripada Allah untuk berhijrah ke Madinah. Setelah mengetahui segala perancangan kaum musyrikin Makkah , Rasulullah S.A.W. segera memberitahu perkara tersebut kepada sahabat baginda Abu Bakar as-Siddiq. Abu Bakar segera membuat perancangan yang teliti. Mereka akan berlindung di Gua Thur. Dengan dipandu oleh Abdullah bin Irqit, mereka meninggalkan Kota Makkah tanpa disedari oleh pihak musuh.

Pada masa yang sama rumah Rasulullah S.A.W. telah dikepung oleh pemuda-pemuda Quraisy yang ditugaskan untuk membunuh baginda. Sebelum Rasulullah S.A.W. memulakan perjalanan hijrah, baginda telah memerintahkan Saidina Ali tidur di katil baginda untuk mengaburi pihak musuh. Kemudian baginda keluar melalui pintu hadapan rumah dan mendapati pemuda-pemuda yang dikawal telah tertidur dengan izin Allah S.W.T. MasyaAllah betapa besarnya kekuasaan Allah.


Selang beberapa hari, Rasulullah S.A.W. dan Abu Bakar sampai di Gua Thur. Mereka digua itu selama 3 hari 2 malam.

Ketika itu juga orang Quraisy masih mengejar Rasulullah S.A.W.Mereka akhirnya sampai dihadapan gua tersebut. Walaubagaimanapun, dengan kuasa Allah didatangkan lebah-lebah membuat sarang di pintu gua tersebut. Gua Thur seperti tidak berpenghuni,hanya kelihatan dua ekor burung di pintu gua. Orang Quraisy tidak dapat mengesan Rasulullah S.A.W. dan Abu Bakar yang berada di dalamgua tersebut.

Selama 3 hari 2 malam di gua itu, Allah telah menunjukkan mukjizat Nabi Muhammad S.A.W. Abu Bakar telah dipatuk seekor binatang berbisa dan dengan izin Allah, baginda telah merawat bisa tersebut dengan menggunakan air liur baginda sendiri.

Setelah itu, Rasulullah S.A.W. dan Abu Bakar meninggalkan gua melalui jalan yang jarang dilalui untuk ke Yathrib dengan dipandu oleh Abu Bakar.




Gua Thur


SIKAP PENDUDUK MADINAH (YATHRIB)

Setelah mengharungi perjalanan yang berliku dipadang pasir,tibalah mereka di Quba'. Disana mereka telah mendirikan sebuah masjid yang dinamakan Masjid Quba'.

Akhirnya pada hari Jumaat,Rasulullah telah sampai di Madinah. Kedatangan baginda disambut meriah oleh penduduk di situ. Ini menunjukkan penduduk Yathrib begitu gembira dengan kedatangan Rasulullah. Mereka menganggap baginda dan Abu Bakar sebagai pembawa rahmat bagi penduduk Madinah.

Rasulullah kemudiannya melaksanakan solat Jumaat bersama-sama 100 orang pengikut baginda dan diikuti dengan khutbah Jumaat yang disampaikan sendiri oleh baginda.


Masjid Quba'

KESAN HIJRAH RASULULLAH S.A.W.

  1.  Terbentuk negara Islam pertama
  2. Nama Yathrib ditukar kepada Madinah
  3. Umat Islam terselamat daripada penindasan kaum musyrikin Makkah
  4. Bermula perkiraan tahun Hijrah
  5. Kedudukan Islam semakin kuat
  6. Mempersaudarakan Muhajirin dan Ansar
Masjid Nabawi, Madinah












11 comments:

  1. semoga penghijrahan kita dapat memperbaharui kehidupan yang baik di dunia dan di akhirat

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq,komen this blog..insya'allh..moga kita sme2 berhijrah demi kebaikan bersama..

      Delete
  2. Hijrah rasulullah merupakan satu perjuangan yang patut dicontohi.Apakah mu'jizat yang berlaku semasa hijrah Rasulullah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. mu'jizat yh berlaku semasa hjrah rasulullah ialah..air liur rasulullah bolah mnyembuhkan kaki saidina Abu Bakar yang digigit binatang yang berbisa.

      Delete
  3. ustz..apa yang nabi baca masa nak keluar dari rumah nak lepaskan diri dari org quraisy?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hebat betul hijrah rasullullah ni ye...

      Delete
    2. nabi baca ayt yg ke 9 dari surah yassin...btul x?

      Delete
  4. bagus tajuk ni...boleh gn utk P&P tajuk HIJRAH Rasulullah.

    ReplyDelete
  5. trima kasih di atas komen anda...moga kita same2 dpt berkongsi ilmu ini

    ReplyDelete
  6. Tuan, izinkan saya mohon berkongsi pendapat tentang merpati dan labah2 sebenarnya Cerita untuk mempersedapkan cerita.. Wallahu a'lam bis Sowab. http://setiuku.blogspot.com/2013/11/kisah-hijrah-tentang-sarang-labah-labah.html

    ReplyDelete