Monday, 19 December 2011

Soalan-soalan Perbincangan berkaitan hijrah Rasullah S.A.W.

Sebelum menjawab soalan berikut,anda dikehendaki membaca dahulu artikel yang telah disediakan di blog ini.

Objektif :

1. Hijrah Rasulullah S.A.W. dan orang-orang Islam berlaku darii Makkah ke __________.

              a) Yathrib
              b)Madinah
              c) Syam
              d)Quba'

2. Siapakah yang menemani Rasulullah S.A.W. berhijrah ?

              a) Saidina Abu Bakar
              b) Saidina Omar
              c) Saidina Uthman
              d) Saidina Ali

3. Berapa lamakah Rasulullah S.A.W.  berada di Gua Thur ?

              a) 2 hari 1 malam
              b) 3 hari 2 malam
              c) 4 hari 3 malam
              d) 5 hari 4 malam

4. Apakah yang dilakukan oleh Rasulullah S.A.W.  setibanya di Quba' ?

              a) menyatukan Muhajirin dan Ansar
              b) melakukan solat Jumaat
              c) mendirikan sebuah masjid
              d) berehat

Soalan subjektif :

Soalan 1 :

Apakah pengajaran yang boleh kita dapati daripada peristiwa penghijrahan Rasulullah S.A.W. ?

Soalan 2 :

Bagaimanakah cara kita mengaplikasikan semangat hijrah yang dilakukan oleh Rasulullah S.A.W. dalam kehidupan seharian?

Soalan 3 :

Pada pendapat anda, mengapakah berlaku penghijrahan Rasulullah S.A.W. ?




p/s : untuk menjawab soalan diatas, anda boleh mengisi ruangan komen dibawah. Selamat mencuba.

Sejarah Hijrah Rasulullah S.A.W.




PERISTIWA PADA MALAM HIJRAH

Rasulullah S.A.W. menerima wahyu daripada Allah untuk berhijrah ke Madinah. Setelah mengetahui segala perancangan kaum musyrikin Makkah , Rasulullah S.A.W. segera memberitahu perkara tersebut kepada sahabat baginda Abu Bakar as-Siddiq. Abu Bakar segera membuat perancangan yang teliti. Mereka akan berlindung di Gua Thur. Dengan dipandu oleh Abdullah bin Irqit, mereka meninggalkan Kota Makkah tanpa disedari oleh pihak musuh.

Pada masa yang sama rumah Rasulullah S.A.W. telah dikepung oleh pemuda-pemuda Quraisy yang ditugaskan untuk membunuh baginda. Sebelum Rasulullah S.A.W. memulakan perjalanan hijrah, baginda telah memerintahkan Saidina Ali tidur di katil baginda untuk mengaburi pihak musuh. Kemudian baginda keluar melalui pintu hadapan rumah dan mendapati pemuda-pemuda yang dikawal telah tertidur dengan izin Allah S.W.T. MasyaAllah betapa besarnya kekuasaan Allah.


Selang beberapa hari, Rasulullah S.A.W. dan Abu Bakar sampai di Gua Thur. Mereka digua itu selama 3 hari 2 malam.

Ketika itu juga orang Quraisy masih mengejar Rasulullah S.A.W.Mereka akhirnya sampai dihadapan gua tersebut. Walaubagaimanapun, dengan kuasa Allah didatangkan lebah-lebah membuat sarang di pintu gua tersebut. Gua Thur seperti tidak berpenghuni,hanya kelihatan dua ekor burung di pintu gua. Orang Quraisy tidak dapat mengesan Rasulullah S.A.W. dan Abu Bakar yang berada di dalamgua tersebut.

Selama 3 hari 2 malam di gua itu, Allah telah menunjukkan mukjizat Nabi Muhammad S.A.W. Abu Bakar telah dipatuk seekor binatang berbisa dan dengan izin Allah, baginda telah merawat bisa tersebut dengan menggunakan air liur baginda sendiri.

Setelah itu, Rasulullah S.A.W. dan Abu Bakar meninggalkan gua melalui jalan yang jarang dilalui untuk ke Yathrib dengan dipandu oleh Abu Bakar.




Gua Thur


SIKAP PENDUDUK MADINAH (YATHRIB)

Setelah mengharungi perjalanan yang berliku dipadang pasir,tibalah mereka di Quba'. Disana mereka telah mendirikan sebuah masjid yang dinamakan Masjid Quba'.

Akhirnya pada hari Jumaat,Rasulullah telah sampai di Madinah. Kedatangan baginda disambut meriah oleh penduduk di situ. Ini menunjukkan penduduk Yathrib begitu gembira dengan kedatangan Rasulullah. Mereka menganggap baginda dan Abu Bakar sebagai pembawa rahmat bagi penduduk Madinah.

Rasulullah kemudiannya melaksanakan solat Jumaat bersama-sama 100 orang pengikut baginda dan diikuti dengan khutbah Jumaat yang disampaikan sendiri oleh baginda.


Masjid Quba'

KESAN HIJRAH RASULULLAH S.A.W.

  1.  Terbentuk negara Islam pertama
  2. Nama Yathrib ditukar kepada Madinah
  3. Umat Islam terselamat daripada penindasan kaum musyrikin Makkah
  4. Bermula perkiraan tahun Hijrah
  5. Kedudukan Islam semakin kuat
  6. Mempersaudarakan Muhajirin dan Ansar
Masjid Nabawi, Madinah












Friday, 16 December 2011

Ayat al-quran berkaitan hijrah Rasulullah saw......

Maksud ayat al-Quran berkaitan hijrah Rasulullah S.A.W. :

Surah al-Anfal ( ayat 30 )

ertinya :

dan ingatlah (Wahai Muhammad), ketika orang-orang kafir musyrik (Makkah) menjalankan tipu daya terhadapmu untuk menahanmu, atau membunuhmu, atau mengusirmu. mereka menjalankan tipu daya dan Allah menggagalkan tipu daya (mereka), kerana Allah sebaik-baik Yang menggagalkan tipu daya.

Sunday, 4 December 2011

kandungan blog....

1.Al-Quran berkaitan Hijrah Rasullullah saw....
2.Peristiwa malam hijrah.....
3.Peristiwa di Gua Thur...
4.Sikap penduduk Madhinah....
5.Kesan Hijrah Rasulullah saw...

Saturday, 3 December 2011

Tujuan blog....

blog ini bertujuan untuk menjelaskan kepada pelajar tentang
penghijrahan Rasulullah saw...dalam usaha mengembangkan ajaran islam kepada umat manusia...dan seterusnya menunaikan tanggungjawab terhadap Allah Taala....

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Salam perkenalan...selamat datang ke blog Hijrah Rasulullah S.A.W.....